Wednesday, March 21, 2012

maafkan aku :(

cerita ini diambil dari pengalaman seorang kawan yg sudi menceritakan pengalaman yg dilaluinya . enjoy :)

yaya (bukan nama sebenar) yang sedang berdiri dikaunter sedia memerhati kelibat rakan lakinya sambil mula mengatur langkah kearah am (bukan nama sebenar).

"kau marah aku lagi ke?" yaya terus bertanya apabila sudah pasti jarak antara dia dan lelaki bernama am itu hampir.

"entah lah ." acuh tak acuh saja jawapan am.

"aku terlupa kau buat copymessage dengan awek kau . sorry sangat2 ." yaya sudah berasa bersalah akibat menghantar mesej menggunakan nama dia . akhirnya tercetuslah pergaduhan antara dua merpati sejoli itu .

"tak apa . dah lah . aku tak gaduh besar pun . dah settle dah ." pujuk am sambil memegang kepala sahabatnya sejak sekolah menengah itu . "aku mintak maaf tak dapat teman kau pergi beli phone baru aritu . aku ada hal sikit ."

"tak apa . aku paham . aku mintak maaf lagi sekali oke?" yaya masih tidak berpuas hati dan hatinya tidak tenang kerana menjadi punca pergaduhan mereka .

"tak ape yaya . jangan risau oke . aku dengan dia dah oke ." yaya mengangguk mengiyakan jawapan am itu . "aku balik dulu oke . bubye ." kedua tangan mereka bersalaman seperti biasa .

itulah kali terakhir yaya bersembang dengan am . selepas itu am sudah tidak memperdulikan yaya . walaupun satu tempat kerja , am langsung tidak bertegur sapa dengan yaya lagi . apabila yaya memanggil am , am seperti mahu melarikan diri dari yaya . sejak itulah yaya sudah malas untuk menegur am .

pagi itu , yaya sedang menunggang motorsikal bersama kakak sedaranya , kak ros untuk ke tempat kerja seperti biasa . pandangan mereka terpaut pada satu tubuh yang biasa dilihat .

"ya , tu bukan am ke?" kak ros mula menyoal.

"aah , am ." jawab acuh tak acuh .

"lah , kenapa tak tegur dia?" kak ros hairan kenapa yaya dan am tidak semesra dahulu .

"entah dia . suka hati dia lah nak tegur ke tak . buat angin dia sangat ." yaya semakin geram apabila memikirkan perangai am yang berubah secara tiba2.

"korang gadoh sebab apa ni?" kak ros mula menyoal siasat sedikit demi sedikit .

"ada lah . dia cakap benda tu dah settle . tibe2 dia pulak buat hal . lantak dia lah . ego sangat . kalau dia kemalangan depan yaya pun , yaya takkan tolong dia ." begitu keras ayat yaya .

"lantak korang lah. korang da besar . dua2 boleh fikir ." kak ros sudah malas melayan angin yaya yang kelihatannya semakin meninggi .

malam itu, yaya rasa seperti malas mandi . walaupun badan sudah berpeluh mencari rezeki siang tadi . tapi digagahkan juga untuk mandi . didalam bilik mandi , yaya terdengar satu bunyi yang sangat kuat menyebabkan yaya segera keluar dari bilik mandi . dia menyarungkan pakaian dan segera keluar dari bilik . tetapi tiada seorang pun yang berada didalam rumah manakala pintu rumah dibiarkan terbuka begitu saja . dengan berani2 takut , dia menjenguk keluar rumah . rupanya seluruh ahli keluarganya berada ditepi jalan . kemalangan sudah berlaku betul2 dihadapan rumah keluarga yaya tinggal .

yaya terus berlari keluar dan tidak memperdulikan hujan yang baru mencurah dengan lebatnya . ada dua lelaki sedang terbaring ditepi jalan . tetapi orang ramai termasuk ahli keluarganya hanya mengerumuni seorang mangsa sahaja . seorang lagi dibiarkan saja begitu . anggapan aku , pasti lelaki itu sudah parah. langkah aku terus menuju kepada satu lagi susuk tubuh yang terbaring kaku .

"abang , abang oke tak? abang jangan tidur abang ." yaya menggoncang sedikit badan lelaki itu . entah bagaimana , apabila lelaki tadi membuka mata dan menoleh melihat yaya , yaya seakan2 tidak percaya apa yang dilihatnya .

"am!" yaya menjerit didalam hati . didalam kotak fikirannya pula sedang terbayang-2 setiap patah yang dia katakan pada kak ros pagi sebelumnya .

"ya , kaki aku sakit ya ." am mengerang kesakitan . hujan yang mencurah menyukarkan lagi am untuk membuka mata lantas dia memutuskan untuk menutup mata sahaja .

"am , kau jangan buat aku takut am . kau bangun am ." yaya menampar-nampar pipi am apabila dia mendapati am mula mendiamkan diri .

"am , dengar cakap aku . buka mata kau . kau jangan buat aku takut am ." sudah berapa kali yaya menampar pipi am tetapi am masih lagi tidak memberi respon tanda dia sedar . air mata yaya mula gugur setitik demi setitik . didalam kotak fikirannya , dia cuma memikirkan apa yang telah dia katakan pada kak ros tempoh hari telah jdi kenyataan . dengan perlahan tangan am memegang tangan yaya .

"kaki aku sakit yaya ." tangannya lemah saja memegang paha kanannya yang semakin membengkak .

"tahan sikit tahu am . ni kereta dah sampai . pak cik kau nak angkat kau ni . kau tahan tahu ." walaupun ayah saudara am bersusah payah mengangkat am untuk dibawa masuk kedalam kereta, am masih lagi tidak melepaskan pegangan tangan mereka. yaya menjadi semakin sebak apabila mendengar am mengerang kesakitan.

"am... " yaya mati kutu melihat am sebegitu . yaya cuba melepaskan pegangan tangan mereka kerana orang ramai mula berkumpul disitu pula .

bersambung